Tuesday, 8 May 2012
Bomba Perlis selamatkan RM13.4 juta
KANGAR 5 Mei - Bomba Perlis berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM13,440,370 dalam kebakaran yang berlaku dari Januari hingga April tahun ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatnya, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, ia melibatkan harta benda bernilai RM9,515,170 di kawasan Kangar, Arau (RM380,200) dan Kuala Perlis (RM3,545,000).
"Jumlah keseluruhan kerugian akibat kebakaran pula RM852,100 iaitu bagi kawasan Kangar sebanyak RM311,900, Arau (RM382,500) dan di Kuala Perlis (RM157,700)," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Beliau berkata, 17 kejadian kebakaran berlaku dalam tempoh empat bulan tahun ini iaitu Januari lapan kes dan masing-masing tiga kes sepanjang Februari, Mac dan April.
Katanya, kebanyakannya melibatkan kebakaran pejabat (satu), rumah kediaman (enam), kedai (empat), sekolah (dua) dan kenderaan bermotor pula sebanyak empat kes.
Selain itu katanya, pihaknya juga telah mengenal pasti 17 kes yang menjadi punca kebakaran.
"Ia termasuk lapan kes akibat kegagalan sistem pendawaian elektrik, tiga kes kerana kegagalan fungsi peralatan elektrik, api terbuka atau bernyala (empat), api berbara (satu) dan permukaan berhaba tinggi (satu)," katanya.
Tambahnya, pihaknya juga mendapat 101 panggilan untuk kejadian kebakaran dan 71 panggilan menyelamat dalam sepanjang empat bulan pada tahun ini.
http://www.utusan.com.my
Perlis tumpu empat aset utama untuk tarik pelancong
Perlis tumpu empat aset utama untuk tarik pelancong
TUANKU Syed Faizuddin Putra
Jamalullail (dua dari kanan) bersama tetamu utama ketika melancarkan Promosi
Masakan Perlis di Hotel Holiday Villa di Doha, Qatar, baru-baru ini.
DOHA (Qatar) 5 Mei - Perlis
menumpukan kepada empat aset utama miliknya untuk menarik lebih ramai pelancong
ke negeri itu, terutama dari Asia Barat sepanjang tahun ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dua daripada aset besar dimiliki negeri
yang bersempadan dengan Thailand itu ialah agropelancongan dan ekopelancongan.
Selain kedua-dua aset tersebut titah
baginda, Perlis juga mempunyai gelanggang sukan ternama tanah air seperti
padang golf, gelanggang woodball selain bakal menjadi tuan rumah Sukan
Malaysia 2014.
Baginda bertitah, satu lagi aset
pelancongan negeri yang terletak di utara Semenanjung itu ialah terkenal dengan
pelbagai jenis makanan seperti laksa Kuala Perlis dan pulut mempelam.
"Dalam aspek agropelancongan,
kita memiliki ladang anggur, ladang mempelam Harumanis, rimba herba dan ladang
misai kucing di Sungai Batu Pahat di Kangar.
"Selain itu terdapat juga taman
ular, pusat ekuin, taman burung, spa herba dan pusat konservasi hidupan
liar," titah Raja Muda Perlis ketika melancarkan Promosi Masakan Perlis di
Hotel Holiday Villa di sini, baru-baru ini.
Promosi tersebut mendapat sambutan
hebat apabila ia bukan sahaja dihadiri orang ramai tetapi turut disertai
duta-duta negara ASEAN diketuai oleh Duta Malaysia, Ahmad Jazri Mohd. Johar.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah
Pusat Pelancongan Islam Malaysia, Abdul Rahman Shaari.
Promosi masakan itu bukan sekadar
menonjolkan keenakan pelbagai jenis makanan tradisional Perlis tetapi juga
bertujuan memperkenalkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan pilihan.
-Mingguan
Sunday, 1 April 2012
UniMAP Terima Kunci Dua Bangunan Baru
( 8 Mar 2012 )
PAUH PUTRA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima dua lagi bangunan baru, yang akan menempatkan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) dan Pusat Latihan Kejuruteraan, di Kampus Tetap Pauh Putra, di sini.
Majlis Penyerahan Projek Pakej Empat Bangunan PPK Mikroelektronik dan Pusat Latihan Kejuruteraan itu diserahkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR)Perlis, Azizan Ab. Rahman, kepada Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin.
Prof Dr Kamarudin dalam ucapannya berkata, proses pemindahan bagi kedua-dua Pusat Pengajian dan Pusat Latihan Kejuruteraan itu akan bermula awal April ini.
Beliau amat berterima kasih kepada pihak JKR dan Konsortium Pauh Indah (KPI) di atas perlaksanaan projek ini walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan.
“Saya mengorbankan bangunan Canselori demi memberi keutamaan kepada bangunan pentadbiran dan kemudahan akademik di Pusat Pengajian demi kepentingan serta keselesaan anak-anak didik saya.
Namun itu adalah pengorbanan demi kebaikan dan amat berbaloi sekiranya anak didik saya dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya,”katanya.
Namun itu adalah pengorbanan demi kebaikan dan amat berbaloi sekiranya anak didik saya dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya,”katanya.
Turut hadir, IR Shahriman Daud, Ketua Pasukan Projek Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Muhammad Yusof Mustafa, Pengarah Urusan Konsortium Pauh Indah dan Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP.
Katanya lagi, Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan merasmikan projek Kampus Tetap Pauh Putra pada awal April depan.
Beliau juga berharap agar pihak kontraktor dapat dapat meningkatkan lagi kualiti bagi kerja-kerja lanskap dalam tempoh dua tahun seperti penggantian pokok-pokok mati dan sebagainya.
Beliau juga berharap agar pihak kontraktor dapat dapat meningkatkan lagi kualiti bagi kerja-kerja lanskap dalam tempoh dua tahun seperti penggantian pokok-pokok mati dan sebagainya.
Raja Muda Perlis mahu negeri jadi model pengurusan bencana
2012/03/25
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Perlis yang sering menjadi sasaran banjir menjadi negeri model bagi pengurusan bencana.
Baginda bertitah, sebagai sebuah negeri yang terdedah kepada banjir, rakyat tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi bencana, sebaliknya berusaha mempersiapkan diri dengan kaedah pengurusan bencana yang terbaik dan berkesan.

Ketika menutup Program Kesedaran Bencana peringkat Komuniti Negeri Perlis anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis di Tasoh Lake Resort and Retreat dekat sini, hari ini, baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menguruskan bencana kepada kerajaan semata-mata.
"Rakyat juga perlu mengambil segala langkah dan usaha untuk membendung, mengurangkan kesan kemusnahan dan bagi mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negeri maju," titah baginda.
Program dua hari itu disertai 450 peserta termasuk penduduk kampung Titi Tinggi Hilir, Sungai Buloh, Batu Bertangkup, Panggas Kecil, Panggas Besar serta Padang Melaka yang sering berhadapan dengan banjir.
Di samping kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) menggerakkan beberapa inisiatif bagi memberi kesedaran berkaitan bencana melalui ceramah di sekolah, kampung dan masjid.
Selain itu, YTSP juga memperkenalkan beberapa idea menghadapi bencana seperti penyediaan beg kecemasan dan catuan kecemasan kepada beberapa kampung yang sering dilanda banjir.
"Dengan adanya kit kecemasan ini, maka dapatlah semua mangsa banjir untuk bertahan hidup bagi tempoh jangkamasa terhad sebelum bantuan sebenar tiba," titah Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi YTSP.
Baginda bertitah, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah juga sedang menggiatkan usaha mewujudkan kumpulan pembantu kecemasan dalam setiap rumah dan tempat kerja manakala Persatuan Radio Amatur Perlis sentiasa melakukan penambahbaikan dalam usaha menangani bencana melalui aspek perhubungan.
Titah baginda bencana alam tidak boleh dielakkan tetapi rakyat boleh meminimumkan kadar korban jiwa dan kerosakkan melalui persiapan rapi bagi menghadapinya.
"Sudah sampai masanya kita bertindak secara bermentaliti kelas pertama dan matang dalam menangani bencana alam yang melanda negeri kita ini," titah baginda. - BERNAMA

KEJADIAN RIBUT DI KANGAR 20 BUAH RUMAH ROSAK
March 25, 2012
KEJADIAN RIBUT DI KANGAR | 20 BUAH RUMAH ROSAK,Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini.Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namunJKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai.
Saturday, 31 March 2012
Perlis rancang lahirkan ramai penghafaz al-Quran
2012/03/25
KANGAR: Perlis akan melahirkan lebih banyak penghafaz
al-Quran dan berharap umat Islam akan seiringan dengan kerajaan bagi
merealisasikan hasrat itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri,
Jafperi Othman.
Beliau berkata, walaupun keperluan akademik menjadi buruan namun ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka mendalami ilmu al-Quran serta menghafaznya supaya menjadi pegangan hidup.
Beliau berkata, walaupun keperluan akademik menjadi buruan namun ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak mereka mendalami ilmu al-Quran serta menghafaznya supaya menjadi pegangan hidup.
"Al-Quran adalah pembimbing kehidupan malah ia
juga merupakan benteng yang boleh menyekat umat Islam daripada terjebak kepada
amalan tidak sihat pada zaman yang penuh cabaran ini," katanya ketika
menutup dan menyampaikan hadiah tilawah menghafaz al-Quran peringkat negeri
Perlis di Masjid Omar Al-Khatab, Guar Syed Alwi dekat sini, malam tadi.
Sebanyak 23 peserta menyertai
tilawah itu membabitkan kategori 1 hingga 10 juzuk, 1 hingga 20 juzuk dan 1
hingga 30 juzuk.
Pemenang ketiga-tiga kategori tersebut akan mewakili Perlis pada tilawah menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dewan Warisan Negeri di sini pada 13 hingga 17 April ini.
Sementara itu, Nuratiqah Hassan muncul johan kategori 1 hingga 30 juzuk dengan menerima hadiah wang tunai RM4,000 manakala kategori 1 hingga 20 juzuk yang membawa hadiah RM3,000 disandang oleh Mu'az Nadzarudin dan johan kategori 1 hingga 10 juzuk dimenangi oleh Ahmad Saiful Rahman Abdul Rahim dengan hadiah RM2,000. – BERNAMA

Mencari damai di tengah rimba
BOSAN dan penat
melayari kehidupan yang sesak dengan kenderaan di tengah-tengah 'hutan batu' di
kota metropolitan pasti akan membuatkan seseorang mahu mencari ketenangan di
luar kawasan kota raya.
Justeru, pencarian
kawasan percutian yang tenang seperti hutan rimba yang dipenuhi dengan flora
dan fauna akan mula dilakukan.
Antara lokasi
percutian yang mampu memenuhi keperluan percutian anda adalah Eagle Park Resort
yang terletak di Jalan Sungai Batu Pahat, Perlis. Ia merupakan sebuah lokasi
percutian yang lengkap dengan ciri-ciri yang diimpikan oleh setiap pengunjung.
Terletak di kawasan
seluas kira-kira 10 hektar, Eagle Park Resort muncul sebagai satu-satunya
resort rimba terbesar di utara Semenanjung sejak tiga tahun lalu.
Di sini, pengunjung
dapat berehat sepenuhnya tanpa sebarang gangguan bunyi bising kenderaan. Lebih
mengujakan apabila kawasan sekeliling resort 'meriah' dengan kicauan burung dan
unggas hutan.
Selain itu, gemersik
deruan air mengalir dari sebatang sungai yang terletak di dalam kawasan resort
ini membuatkan pengunjung berat hati untuk meninggalkannya.
Lebih menarik resort
ini menyediakan chalet, banglo dan asrama yang dibina di antara pokok-pokok dan
berhampiran dengan sungai.
Melewati sepanjang
resort ini membuatkan sesiapa sahaja seolah-olah seperti berada di sebuah
perkampungan pada zaman dahulu di mana sekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai
jenis pokok yang merimbun kehijauan, selain menyajikan aroma rimba yang
menyegarkan.
Pengarah Urusan Eagle
Park Resort, Mat Salim Mat Isa berkata, sekalipun resort ini terletak di dalam
hutan, namun ia menjanjikan layanan sebaik hotel lima bintang.
''Kami mengalu-alukan
tetamu sama ada yang datang untuk berehat bersama keluarga, rakan atau pun
mana-mana syarikat yang ingin menganjurkan hari keluarga, seminar dan
sebagainya," katanya.
Pengunjung boleh
memilih untuk tinggal di chalet jenis standard, deluxe, villa, suite dan banglo
royal suite yang bermula daripada harga RM90 hingga RM800 satu malam. Turut
disediakan adalah penginapan jenis asrama untuk kumpulan ramai.
Menurut Mat Salim,
antara kelebihan yang dimiliki resort ini adalah pengunjung berpeluang
menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik dari pokok hidup subur di dalam
resort dan dusun berdekatan.
''Pengunjung juga
berpeluang melawat Taman Herba, Ladang Anggur, Taman Ular, mandi-manda di Bukit
Ayer atau bermain golf yang merupakan antara kemudahan terdapat berdekatan
resort ini," katanya.
Kata beliau, pihaknya
juga menyediakan perkhidmatan barbeku untuk pengunjung yang mahu menganjurkan
majlis itu bersama keluarga atau rakan-rakan.
Selain itu, turut
disediakan kemudahan bagi melakukan aktiviti jungle
tracking dan padang kawad.
Justeru, katanya,
resort ini juga sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk kem musim panas, ikhtiar
hidup dan bina semangat.
''Resort ini juga
menyediakan kemudahan untuk karaoke bersama hidangan bufet berharga RM10 setiap
seorang mulai pukul 2 petang hingga 2 pagi, setiap hari," katanya.
Beliau berkata,
pihaknya juga menyediakan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Perlis
termasuk meneroka Gua Kelam dan membeli-belah di Padang Besar.
Dalam pada itu, Mat
Salim menggesa pihak berkuasa supaya menyediakan lampu jalan untuk masuk ke
kawasan resort ini sejauh dua kilometer dari jalan besar Sungai Batu Pahat.
''Sudah tiga tahun,
masalah ini dikemukakan tetapi sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang
tanda kerana ia penting untuk kemudahan pengunjung yang melalui kawasan ini
pada waktu malam," katanya.
Beliau berharap
kemudahan itu dapat disediakan sejajar dengan hasrat pengurusan yang merancang
untuk memperluaskan pasaran resort ini ke seluruh negara mulai tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)