Di atas kertas, Kedah yang turun
berbekalkan kelebihan selaku tuan rumah pasti menjadi pilihan untuk mengungguli
pertemuan pusingan kedua Piala FA berdepan Perlis di Stadium Darulaman, Alor
Setar, Sabtu ini.
Namun, Perlis yang beraksi di
pentas Liga Perdana berbanding Kedah mengakui tidak gentar malah bersedia
melakar kejutan.
Ketua jurulatih Perlis, Abdullah
Hassan berkata, perlawanan itu cukup penting buat kerana keputusannya akan
menentukan siapa bakal beraksi di pusingan seterusnya.
“Kita akui perlawanan antara
Kedah dan Perlis kali ini berbeza sama sekali dan saya sentiasa menasihatkan
pemain supaya tidak perlu rasa rendah diri, sebaliknya memberi fokus sepenuhnya
terhadap permainan kerana hanya kejayaan bakal menjamin tempat ke aksi
seterusnya,” katanya.
Abdullah berkata, untuk
memastikan pasukan memberikan cabaran kepada skuad lawan yang dikendalikan Wan
Jamak Wan Hassan itu, sedikit rombakan mungkin dilakukan terutama di posisi
pertahanan berikutan beberapa tonggak utama cedera.
Antaranya, pertahanan kanan dan
kiri, Phul Sakh Lum dan Mohd Rozaidi Abdul Rahim.
“Saya percaya semua pemain yang
diturunkan nanti sedar tanggungjawab masing-masing untuk memastikan perjuangan
pasukan pada kempen Piala FA musim ini tidak berakhir setakat pusingan kedua
saja.”
No comments:
Post a Comment