March 7, 2012
KANGAR — Masalah banjir yang kerap
melanda Perlis dijangka dapat diatasi apabila tiga projek tebatan banjir siap
menjelang 2014, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph
Kurup.
Beliau berkata projek itu ialah
menaik taraf Sungai Arau, yang dilaksanakan bulan ini, menaik taraf empangan
Timah Tasoh serta pembinaan lencongan barat bagi mengalirkan air empangan
berkenaan ke Sungai Perlis dan terus ke laut.
“Kalau projek ini berjaya, adalah
dianggarkan lebih 100,000 penduduk Perlis yang sebelum ini sering menerima
bencana banjir semasa musim hujan, tidak lagi akan menghadapi masalah
sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat projek itu
daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Nishad Mohamed Mohd
Shaffy di Empangan Timah Tasoh semalam.
Joseph, yang diiringi Menteri
Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, kemudian melawat sekitar empangan itu
sebelum ke Gua Kelam di Kaki Bukit.
Terdahulu, beliau dibawa meninjau
Sungai Perlis yang memainkan peranan penting menerima limpahan air dari
empangan sebelum mengalirkannya ke laut. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment